fb fb fb fb fb

Tular tinggal di pondok, pasangan warga emas dipindahkan ke kediaman asal

(Foto FB Mohd Fared Mohd Khalid)

JOHOR BAHRU, 29 April- Kerajaan Johor mengambil inisiatif, memindahkan pasangan suami isteri warga emas yang tinggal di pondok berhampiran Sungai Masai, Pasir Gudang, di sini, ke kediamanan asal mereka, berhampiran kawasan tersebut.

Keadaan kediaman Shuib Alna, 69, dan isteri, Sarimah Shaari, 61, sebelum ini tular di media sosial memaparkan mereka tinggal di pondok kayu yang tidak selamat.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Mohd Fared Mohd Khalid memaklumkan pemeriksaan mendapati pasangan tersebut tinggal di pondok itu bagi tujuan beristirehat serta bercucuk tanam.

Warga emas itu telah bersetuju untuk tidak tinggal di pondok kayu terbabit, yang akan dibersihkan Pejabat Daerah Johor Bahru dalam masa terdekat.

"Pondok tepi Sungai Masai itu akan 'dibersihkan' oleh Pejabat Daerah nanti...pakcik Shuib sudah bersetuju untuk tidak tinggal di situ tetapi sebaliknya akan tinggal di kediaman yang telah sedia ada," kongsi Mohd Fared di laman sosial Facebooknya.

(Mohd Fared (kanan) bersalaman dengan Pakcik Shuib (kiri) ketika
menyantuni warga emas berkenaan/Foto FB Mohd Fared Mohd Khalid)

Majlis Agama Islam Negeri Johor juga akan menyalurkan saraan bulanan kepada Shuib kerana beliau layak menerima, manakala bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan terus disalurkan.

"Majlis Agama Islam Johor akan menyalurkan saraan bulanan kerana pakcik Shuib memang layak menerimanya... bantuan JKM akan diteruskan seperti biasa...terima kasih kepada Amin BaitulMal Johor Bahru Ustaz Firdaus dan En Adnan Pegawai JKM Johor serta ketua-ketua masyarakat dan jiran sekitar yang dapat bersama dan sangat prihatin," tambahnya.

Sebelum tinggal di pondok terbabit, Shuib dan isteri tinggal bersama abangnya di sebuah rumah pangsa dan bayaran sewa bulanan, dilakukan bersama-sama.

Media Baharu