fb fb fb fb fb

22 premis perniagaan diperiksa, pastikan keselamatan pengguna - JBPM Labuan

LABUAN, 29 April- Sebanyak 22 premis perniagaan membabitkan pasar raya di sekitar Labuan diperiksa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam tempoh tujuh hari, bersempena Aidilfitri.
 
Timbalan Pengarahnya, Emil Taihin berkata pemeriksaan bertujuan memastikan bangunan premis yang dikunjungi orang ramai berada dalam tahap selamat.
 
Selain, premis mematuhi prosedur keselamatan yang telah digariskan, khususnya ketika musim perayaan.
 
"Musim perayaan ini ramai orang membeli belah dan sebagainya mencari barang, pasar raya ini kita kena pastikan orang yang masuk itu selamat, jadi kita sebagai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ada tanggungjawab memastikan keselamatan orang awam.

"Oleh itu kita membuat pemeriksaan dan pastikan jalan keluar selamat, sistem yang ada di bangunan itu dalam keadaan baik supaya pengunjung merasa selamat untuk datang," katanya kepada pemberita, di sini.

(Timbalan Pengarah JBPM Labuan, Emil Taihin)

Emil turut memaklumkan, terdapat beberapa premis diberi teguran secara lisan dan notis amaran kerana tidak mematuhi piawaian keselamatan ditetapkan.
 
Selain itu, sistem siren amaran kebakaran dan alat pemadam api turut diperiksa, agar ia berfungsi dengan baik sekiranya berlaku kecemasan.

Media Baharu