fb fb fb fb fb

Kenal pasti strok haba pada kanak-kanak

KUALA LUMPUR, 29 April- Berpeluh luar biasa, pucat dan loya antara petanda awal strok haba pada kanak-kanak.

Sehubungan itu, langkah menyejukkan badan perlu diambil pada peringkat ini.

Demikian saranan Pakar Perubatan Keluarga, Jabatan Perubatan Rawatan Utama, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr. Megat Mohamad Amirul Amzar Megat Hashim.

"Cepat-cepat suruh kanak-kanak masuk rumah, elakkan daripada cuaca panas. Bagi dia minum air yang banyak, baringkan dia, tinggikan kaki supaya darah daripada kaki mengalir ke jantung.

"Buka kipas, 'aircond' dan ambil ais balut dengan tuala letak di ketiak, leher dan celah kangkang, itu akan membantu menyejukkan badan.

"Namun kalau katakan kanak-kanak itu tidak sedar, muntah atau sawan kita kena terus telefon 999 untuk dapatkan bantuan hospital," katanya dalam rancangan terbitan RTM di Angkasapuri.

(Dr. Megat Mohamad Amirul Amzar Megat Hashim)

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya menghindari minuman berkafein dan manis kerana mampu memudaratkan hidrasi badan.

Media Baharu