fb fb fb fb fb

YDP Agong akan lantik PM ke-10 dalam masa terdekat

(Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah)

KUALA LUMPUR, 22 November- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan membuat keputusan mengenai pelantikan Perdana Menteri ke-10 dalam masa terdekat.

Seri Paduka menyeru rakyat supaya menerima apa sahaja keputusan berkaitan pelantikan tersebut serta pembentukan kerajaan baharu kelak.

"Marilah bersama terima keputusan rakyat, terima keputusan wakil-wakil rakyat dan terima keputusan Yang di-Pertuan Agong. Sila rasional dan kita perlu teruskan, kita perlu bergerak ke hadapan untuk negara kita yang tercinta ini. Biar saya buat keputusan dalam masa terdekat," titah Al-Sultan Abdullah ketika berkenan mencemar duli bertemu pemberita di hadapan Pintu 2, Istana Negara di sini.


(Yang di-Pertuan Agong berkenan mencemar duli menyantuni pengamal media yang
berkampung di hadapan pintu 2 Istana Negara/BERNAMA))

Media Baharu