fb fb fb fb fb

Penjawat awam Terengganu diminta fokus tanggungjawab

KUALA TERENGGANU, 22 November- Penjawat awam di Terengganu diingatkan bertenang dan fokus kepada tanggungjawab serta perkhidmatan mereka kepada kerajaan sedia ada 'Government of the Day', sementara menunggu kepimpinan kerajaan pusat baharu.

Setiausaha Kerajaan Negerinya, Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil berkata tugas penjawat awam negeri itu tetap sama walaupun kerajaan negeri bawah pimpinan PAS menjadi negeri pembangkang atau sebaliknya.


(Foto Hiasan)

"Kita bekerja seperti biasa dan perlu pegang prinsip itu. Jika kerajaan negeri bertukar menjadi pembangkang, kita mengharapkan hubungan baik antara semua pihak agar semua urusan dipermudahkan," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Persada Inovasi Terengganu 2020.

Pada majlis tersebut, tujuh kakitangan daripada kumpulan VCLEAN Majlis Daerah Marang diumumkan sebagai pemenang Anugerah Emas membawa pulang Piala Pusingan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.

Kemenangan tersebut hasil inovasi reka cipta yang digunakan oleh jengkaut yang boleh dilaras mengikut kelebaran longkang, bagi membersihkan saluran air.

Daripada 22 kumpulan bertanding pada majlis tersebut VCLEAN menerima anugerah lima bintang dan membawa pulang wang tunai bernilai lebih RM13,000.

Media Baharu