fb fb fb fb fb

Yayasan Sultan Azlan Shah serah dana kepada 55 NGO

Pemegang Amanah Yayasan, Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin

IPOH, 13 Disember - Sebanyak 55 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerima dana berjumlah RM1.1 juta daripada Yayasan Sultan Azlan Shah.

Majlis penyampaian disempurnakan Raja Kecil Sulong Perak, Raja Nazim Azlan Shah di Dewan Azlan Shah, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), di sini.

Menurut Pemegang Amanah Yayasan, Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin setiap tahun semua pertubuhan perlu mengemukakan laporan perbelanjaan bagi memastikan dana yang diberikan dibelanjakan dengan sebaiknya.

Kebanyakan NGO terdiri daripada pertubuhan anak yatim dan orang kurang upaya (OKU) serta golongan yang memerlukan.

"Apabila mereka menyampaikan laporan tahunan kita di yayasan akan mengenal pasti dan menilai sama ada sumbangan itu digunakan sebaiknya; adakalanya bahawa pertubuhan itu keahlian telah kecil daripada 40 orang turun kepada enam orang, jadi tidak memadai kita memberi sumbangan itu," kata Mohd Zahidi, di sini.

Selain NGO, sumbangan juga diberikan setiap tahun kepada Institut Jantung Negara (IJN) dan penuntut Institut Pengajian Tinggi yang memerlukan, untuk melanjutkan pelajaran.

TETITIA YUSOFF