fb fb fb fb fb

Dr. Zulkifli Hasan mulakan hari pertama di Jabatan Perdana Menteri

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Prof Dr Zulkifli Hasan /FOTO RTM

PUTRAJAYA, 13 Disember- Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Prof Dr Zulkifli Hasan memulakan tugas rasminya di pejabatnya, Kompleks Islam Putrajaya.

Kehadiran Zulkifli disambut Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Mohd Ajib Ismail, dan ketua-ketua bahagian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Menurut Zulkifli, pelantikannya ke jawatan berkenaan dilihat sebagai satu tanggungjawab bagi membawa perubahan dan nafas baharu di jabatan tersebut.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri di atas kepercayaan yang diberikan dan saya berasa teruja untuk bekerjasama dengan warga Jabatan.

"Di samping itu, saya juga ingin melihat perkara yang boleh ditambah baik dan sama-sama membantu Menteri membawa perubahan dan naratif baharu", katanya ketika ditemui di sini.

Dr. Zulkifli Hasan mengangkat sumpah jawatan Senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Lantikan Yang Dipertuan Agong itu berkuat kuasa semalam sehingga 11 Disember 2026.

Beliau sebelum ini merupakan bekas Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang kewangan Islam dari University of Durham, United Kingdom.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD