fb fb fb fb fb

Yayasan Sejahtera Kulai peruntuk lebih RM140,000 bantu 950 pelajar

Foto RTM

KULAI, 2 Februari – Yayasan Sejahtera Kulai memperuntukkan RM146,500 bagi menyediakan peralatan sekolah dan wang tunai kepada 950 pelajar terpilih di Kulai. Inisiatif ini bertujuan meringankan beban keluarga pelajar dalam menghadapi musim persekolahan baharu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, berkata jumlah bantuan kali ini adalah yang tertinggi pernah diberikan sejak inisiatif tersebut mula diperkenalkan pada tahun 2023.

Bantuan berkenaan menyasarkan golongan anak yatim dan keluarga miskin bandar, dengan setiap pelajar menerima RM150.

"Bagi sumbangan wang tunai, sebanyak RM95,000 diperuntukkan, manakala peralatan sekolah melibatkan perbelanjaan sekitar RM47,500.

"Bantuan ini merangkumi seluruh kawasan Parlimen Kulai, melibatkan tiga DUN iaitu DUN Senai, DUN Bukit Batu, dan DUN Bukit Permai. Ia turut memberi manfaat kepada komuniti Melayu, Cina dan India," katanya.

Inisiatif ini sebelum ini telah membantu 500 pelajar pada tahun 2023 dan meningkat kepada 540 pelajar pada tahun lalu.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Program Back To School di Kulai.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD