fb fb fb fb fb

Trafik di Tol Juru dijangka meningkat

Foto RTM

BUTTERWORTH, 2 Februari-Pergerakan trafik di Tol Juru, Pulau Pinang menghala selatan menunjukkan peningkatan selepas sambutan Tahun Baru Cina.

Tinjauan RTM di Tol Juru menghala selatan mendapati semakin banyak kenderaan meninggalkan negeri berkenaan selepas cuti Tahun Baru Cina.

Tol Juru akan menyaksikan peningkatan jumlah kenderaan yang memasuki negeri Pulau Pinang sempena cuti sekolah dan Tahun Baru Cina minggu lalu setakat pukul 11.00 pagi.

Sebelum ini, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad menegaskan lebih 2.4 juta  kenderaan akan memasuki ke negeri Pulau Pinang dengan  hampir 200,000 kenderaan setiap hari.

Penugasan anggota trafik di 24 kawasan strategik di laluan utama di negeri tersebut mendapati pergerakan trafik lancar.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD