fb fb fb fb fb

Yayasan Petronas rai 200 keluarga di Bintulu dan Tatau sempena Hari Gawai

Majlis Memacu Kehidupan Gawai 2024 di Bintulu

BINTULU, 28 Jun- Seramai 200 keluarga di sekitar Bintulu dan Tatau diraikan dalam Majlis Memacu Kehidupan Gawai 2024 di Bintulu.

Timbalan Menteri Digital Malaysia yang juga Ahli Parlimen P.216 Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong memaklumkan, mengambil contoh program yang diinisiatifkan PETRONAS itu, beliau berharap syarikat swasta lain terus melaksanakan lebih banyak inisiatif CSR bagi mewujudkan impak positif yang lebih besar kepada masyarakat tempatan di Sarawak.

“Saya turut berharap agar pihak Yayasan Petronas dapat memperluaskan program ini , program-program komuniti ini seperti pendidikan, ekonomi di kawasan luar bandar, kerana pendidikan kita di Sarawak masih banyak di luar bandar seperti sekolah daif, klinik daif dan juga rakyat masih tinggal di luar bandar kerana adanya rumah-rumah panjang.

“Saya memohon PETRONAS terus perjuangan anda dan terus juga keperihatinan anda supaya rakyat-rakyat diluar bandar dapat manfaat daripada hasil PETRONAS yang mengambil keuntungan yang besar ini di Sarawak,”ujarnya demikian semasa Majlis Memacu Kehidupan Gawai 2024 di Bintulu.

Memacu Kehidupan Hari Gawai PETRONAS merupakan program tahunan Yayasan PETRONAS dan 200 keluarga telah dikenal pasti untuk diraikan dan menerima bakul makan dalam majlis tersebut.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE