fb fb fb fb fb

YaPEIM peruntuk RM7.6 juta untuk Pelan Pembangunan Komuniti Setempat

BANGI, 4 Mac- Sebanyak RM7.6 juta diperuntukkan Yayasan Pembangunan Islam Malaysia (YaPIEM) bagi membantu masyarakat melalui Pelan Pembangunan Komuniti Setempat.

Pemangku Ketua Pengarah YAPIEM, Awang @ Musran Tawil berkata program ini akan melibatkan 10 buah negeri dengan setiap negeri akan diperuntuk sebanyak RM750,000.

"Kejayaan program kita ini dinilai menerusi keberhasilan kita mengeluarkan asnaf dari kelompok kemiskinan dan dapat membantu menjana pendapatan melalui bimbingan yang ditawarkan YaPEIM nanti.

Jadi, ia adalah satu kos yang besar. Program ini adalah program yang panjang. Tahniah, saya ucapkan kepada usahawan yang terpilih.Mudah-mudahan mereka yang terpilih nanti bukan sahaja dapat keluar daripada golongan asnaf tetapi dapat membantu asnaf lain melalui program komuniti setempat," kata Awang kepada pemberita RTM selepas menghadiri Majlis Perasmian Pelan Pembangunan Komuniti Setempat yang dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPIEM, Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus, di sini.


(Pemangku Ketua Pengarah YAPIEM, Awang @ Musran Tawil)

Program ini bukan sahaja memfokuskan kepada ekonomi semata-mata tetapi turut membantu komuniti melalui pendidikan dan juga kebajikan.

Pada majlis tersebut, YaPIEM turut mengagihkan bantuan awal persekolahan kepada hampir 332 orang pelajar miskin dengan peruntukan sebanyak RM33,000.

Antara yang menjadi tumpuan YaPIEM adalah program Urban Farming Aquaponic dengan kerjasama Malaysian Agriculture Research and Development Institute (MARDI) yang akan membantu komuniti dalam sektor pertanian dan juga penternakan.

Melalui program ini, YaPIEM turut akan membantu komuniti membeli dan kemudian memasarkan hasil pertanian mereka dengan harga yang lebih murah kepada golongan asnaf menggunakan konsep Sayur Rahmah.

Media Baharu