fb fb fb fb fb

Banjir di Johor, Segamat rekod penduduk terjejas banjir tertinggi

JOHOR BAHRU, 4 Mac- Penduduk terjejas banjir di Johor terus meningkat kepada 39,476 penduduk daripada 11,463 keluarga berlindung di 247 Pusat Pemindahan Sementara (PPS), setakat pukul 5.00 petang.

Menerusi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, sembilan daerah masih terjejas dengan Segamat merekodkan penduduk terjejas paling ramai iaitu 13,583 orang di 78 PPS.

Diikuti Batu Pahat, 9,385 orang di 52 PPS, 5,299 orang di 39 PPS di Kluang, 3,349 orang di 20 PPS di Kota Tinggi, 3,492 orang di 20 PPS di Muar, 2,664 orang di 23 PPS di Tangkak, 763 orang di lima PPS di Mersing, 562 orang di lima PPS di Johor Bahru dan 379 orang di lima PPS di Pontian.

23 sungai di Segamat, Muar, Tangkak, Batu Pahat, Kluang, Kulai dan Kota tinggi turut merekodkan paras bahaya.


(Anggota JBPM memantau situasi semasa banjir di Johor selain membantu
urusan pemindahan penduduk terjejas ke PPS)

Sementara itu, banjir di Melaka turut mencatatkan peningkatan.

Seramai 434 penduduk terjejas banjir daripada 115 keluarga direkodkan berbanding 379 daripada 97 keluarga sebelum ini.

Sekretariat jawatankuasa bencana negeri Melaka dalam satu kenyataan berkata ia berikutan hujan tanpa henti di beberapa tempat di Melaka sejak pagi tadi.

Jasin terus menunjukkan peningkatan dengan 389 penduduk terjejas berbanding Alor Gajah dengan 15 penduduk terjejas setakat ini.

Seramai 117 penduduk terjejas banjir daripada 43 keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Batu Gajah sekali gus antara yang teramai di antara 5 PPS yang dibuka di Jasin.

Antara kawasan terjejas banjir di Jasin adalah, Kampung Sungai Dua Asahan, Kampung Pondok Batang, Kampung Bukit Asahan, Kampung Chohong dan Simpang Bekoh.

Turut terjejas, Kampung Tersusun Seri Mendapat, Kampung Janda Berhias, Kampung Parit Penghulu, Kampung Tasik, Kampung Batu Gajah Pasir, Parit Putat Benteng dan Pari Sidang Seman Benteng.

Media Baharu