fb fb fb fb fb

15 anggota PARAS APM Kedah digerakkan ke Johor, bantu kerja menyelamat

ALOR SETAR, 4 Mac- Seramai 15 orang daripada Pasukan Respon Bencana Sokongan (PARAS) Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah digerakkan hari ini untuk Misi Bantuan Banjir ke Johor .

APM menerusi kenyataan memaklumkan pasukan itu digerakkan ke daerah Batu Pahat bermula 4 hingga 10 Mac bagi bantuan khidmat sokongan dalam menyelamat mangsa yang terperangkap di kawasan banjir ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Misi diketuai oleh Leftenan (PA) Azman Amat dan dibantu oleh anggota daripada daerah Padang Terap.

Pasukan itu juga akan membantu dari segi sumber kekuatan anggota serta logistik untuk keperluan pengoperasian di sana.

Selain itu, mereka akan melaksanakan tugasan pasca bencana dan lain-lain tugasan yang diperlukan mengikut keperluan semasa.

Turut digerakkan aset darat dan air antaranya lori, bot dan lain-lain peralatan menyelamat bagi kegunaan di kawasan terjejas banjir.


(Foto Ihsan APM Kedah)

Media Baharu