fb fb fb fb fb

Malaysia-UAE sepakat tingkat kerjasama -PM

KUALA LUMPUR, 4 Mac- Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sepakat untuk meningkatkan kerjasama antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pelaburan, pertahanan dan tenaga.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dengan hubungan dua hala yang erat di antara Malaysia dan UAE, persepakatan itu menjadi antara perbincangan beliau dengan Presiden UAE Sheikh Mohamed Bin Zayed Al Nahyan menerusi panggilan telefon semalam.

“Saya juga ambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Mulia Sheikh Mohamed atas bantuan UAE terhadap Malaysia dalam misi menghantar bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi di Syria baru-baru ini,” katanya menerusi hantaran Facebook rsaminya.


(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dengan hubungan dua hala yang erat di antara
Malaysia dan UAE, persepakatan itu menjadi antara perbincangan beliau dengan Presiden
UAE Sheikh Mohamed Bin Zayed Al Nahyan menerusi panggilan telefon semalam/FB Anwar Ibrahim)

Kerajaan UAE dan Persatuan Bulan Sabit Merah negara itu telah menyampaikan sumbangan Malaysia sebanyak 42 tan barangan bantuan kemanusiaan kepada Syria.

"Saya berharap dapat mengadakan lawatan ke UAE dalam masa terdekat dan berbesar hati untuk menerima lawatan Yang Mulia Sheikh Mohamed ke Malaysia pada tahun ini," katanya.

Media Baharu