LUNDU, 9 November - Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di kawasan kebun di Kampung Sebiris, Lundu, hari ini.
Menurut laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 1.36 tengah hari.
Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu kemudian digerakkan ke lokasi.
Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati satu jasad lelaki dewasa dalam keadaan terbaring dan disahkan meninggal dunia.
Mangsa dikenali sebagai Mat anak Undek, berusia 56 tahun.
Menurut keluarga, mangsa tidak pulang ke rumah sejak semalam dan ditemukan oleh anak saudaranya kira-kira pukul 12.30 tengah hari ketika ke kebun.
Mayat diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Hospital Lundu untuk tindakan lanjut.