fb fb fb fb fb

Situasi banjir, tiada aduan kenaikan harga setakat ini - KPDN

Foto Fail

BATU PAHAT, 4 Mac- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) belum menerima sebarang laporan berhubung kenaikan harga barangan, susulan bencana banjir di beberapa negeri.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata harga barangan seperti sayur telah turun secara drastik selepas musim tengkujuh yang lalu.

"Bila berlakunya tengkujuh dan berlakunya hujan lebat luar jangka ini, pastinya banyak kebun-kebun sayur-sayuran yang musnah.

Jadi, KPDN bersedia menghadapinya dan kita akan adakan perbincangan, secepat mungkin untuk kita atasi isu ini,” kata beliau kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Batu Pahat, hari ini.

KPDN telah bersedia untuk berbincang bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) bagi menyelesaikan sebarang isu kenaikan harga sayur.

Hujan yang berterusan sejak Isnin, telah mengakibatkan ramai pekebun kecil terjejas teruk akibat banjir yang melanda bermula Selasa.


(Foto Fail)

 

Media Baharu