(Foto Istana Negara)
KUALA LUMPUR, 1 Oktober- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi Facebook menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Warga Emas kepada semua warga emas.
Hari Warga Emas disambut pada 1 Oktober setiap tahun sebagai pengiktirafan kepada golongan tersebut agar mereka tidak lagi dilihat sebagai golongan yang membawa beban.
Tema sambutan tahun ini ialah “Daya Tahan dan Sumbangan Warga Emas Wanita”.
Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun menerusi Facebook kementerian menyifatkan golongan warga emas sebagai insan emas.
"Engkau laksana suria pagi,
Butir bicaramu seperti srikandi,
Memberi teguran dengan hati bukannya emosi,
Tiada niat untuk melukai,
Apa lagi membenci,
Namun demi kebaikan generasi,
Hadirmu anugerah yang perlu disyukuri," catat beliau.
(Foto KPWKM)
"Hormatilah, sayangilah dan hargailah warga emas. Mereka merupakan insan yang banyak berjasa kepada masyarakat, malah mampu menjadi rujukan generasi muda dalam banyak perkara. Kutiplah sebanyak mungkin pengalaman daripada mereka untuk dijadikan pedoman dalam kehidupan, tambah Rina.
Selamat Menyambut Hari Warga Emas 2022.