fb fb fb fb fb

Pelupusan bot nelayan asing, tidak sesuai jadi tukun tiruan

(Sebuah bot nelayan Vietnam yang dilucut hak, dimusnahkan menggunakan jentolak)

KUALA TERENGGANU, 1 Oktober- Sebuah bot nelayan Vietnam yang dilucut hak selepas menceroboh perairan negara tahun lalu berjaya dilupuskan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Bot nelayan asing itu dilupuskan dengan dihancurkan komponennya.

Prosedur melupuskan bot itu dilaksanakan bagi bot nelayan asing yang mempunyai berat kurang daripada 70 tan.

Bot tersebut tidak sesuai dijadikan tukun tiruan.

Tindakan pelupusan tersebut adalah mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Terengganu, Ariffin Ghazali berkata, "sebelum ini bot nelayan Vietnam itu ditahan atas kesalahan menceroboh perairan negara 17 Julai tahun lalu.

"Sewaktu ditahan, dua kru bot tersebut sedang mencandat sotong secara haram pada kedudukan 112 batu nautika dari Kuala Terengganu." Jelasnya ketika ditemui pemberita.

Mengikut rekod, sembilan bot nelayan asing dilupuskan secara hancur musnah sejak awal tahun ini.

(Keadaan bot yang telah dimusnahkan)

Media Baharu