fb fb fb fb fb

Tangani isu kenaikan harga ubat, elak beban pesakit

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 1 Oktober- Sesi libat urus secara menyeluruh diperlukan bagi menangani isu kenaikan harga ubat-ubatan agar tidak membebankan pesakit.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, "mekanisme itu perlu bagi memastikan ketelusan dalam memperincikan harga ubat-ubatan yang dijual."

Beliau turut menjelaskan, "konsep kita bukanlah kawalan harga tetapi lebih kepada ketelusan harga. Satu cadangan yang telah dikemukakan
daripada bahagian perkhidmatan farmasi.

"Selepas ini saya akan ada libat urus bersama dengan PhAMA serta persatuan hospital swasta dan lain-lain pemegang taruh supaya kita dapat polisi yang boleh menurunkan harga ubat terutamanya di hospital dan klinik swasta kerana bagi saya harganya agak tinggi sekarang ini."

Beliau ditemui media pada Majlis Makan Malam Gala PHAMA dan pelancaran Fact Book 2022 di ibu negara.

Terdahulu, isu kenaikan harga ubat turut dikaitkan dengan peningkatan kos bekalan dan kos bahan mentah yang digunakan dalam penghasilan ubat-ubatan.

(Khairy Jamaluddin pada Majlis Pelancaran Fact Book 2022)

Media Baharu