fb fb fb fb fb

Bazar Buku Antarabangsa bakal masuk kalendar Tahun Melawat Johor 2026

Bazar Buku Antarabangsa Johor (BBAJ) 2025 di Johor Bahru

JOHOR BAHRU, 2 Ogos - Johor bercadang memasukkan Bazar Buku Antarabangsa dalam kalendar Tahun Melawat Johor tahun hadapan sebagai antara produk pelancongan berasaskan ilmu dan budaya.

Penganjuran acara itu bukan sahaja menyemarakkan budaya membaca, malah berpotensi besar menjadi daya tarikan unik pelancong serantau.

Exco Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata kerjasama dengan Tourism Johor sedang diatur bagi menyusun program pelancongan termasuk lawatan ke perpustakaan di negeri itu.

"Dalam masa kita hendak menuju ke Tahun Melawat Johor 2026, ini juga kita akan masukkan dalam jadual atau kalendar Tourism Melawat Johor 2026 supaya Bazar Buku ini juga dapat menarik minat kepada pengunjung-pengunjung, saya sebut tadi kita guna perkataan antarabangsa... sebab negeri Johor bersempadan dengan Indonesia dan Singapura", katanya.

Beliau berkata demikian selepas Perasmian Bazar Buku Antarabangsa Johor di Johor Bahru.

Acara yang berlangsung tahun ini mencatat sejarah tersendiri apabila menerima penyertaan lebih daripada 86 pempamer dan menerima kehadiran 55,000 pengunjung.

ROSLINA BINTI DIN