fb fb fb fb fb

KBS komited martabatkan bidang TVET

PUTRAJAYA,1 Oktober- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengiktiraf usaha dan mengangkat martabat warga Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menerusi Anugerah Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) 2022.

Majlis penyampaian anugerah diadakan di Kompleks Maksak Presint 14, Putrajaya.

Sejumlah 60 penerima anugerah dalam kalangan alumni dan pengajar ILKBS diberi pengiktirafan dan penghargaan dalam pelbagai kategori bagi meningkatkan motivasi warga TVET sekali gus menjadi contoh dan suri teladan dalam bidang teknikal.

Menerusi Anugerah ILKBS Terbaik dan Anugerah Pengurusan Latihan Terbaik, KBS mengiktiraf ILKBS yang telah menunjuk prestasi terbaik dalam mengurus dan menyediakan latihan TVET berkualiti kepada golongan sasar.

(KBS komited martabatkan bidang TVET)

Seiring hasrat kerajaan memastikan TVET KBS dipacu industri, KBS memberi penghargaan tertinggi Anugerah Khas Menteri Belia dan Sukan kepada pihak industri yang telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan belia TVET KBS sepanjang tempoh tahun 2021-2022.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata KBS akan terus komited memartabatkan bidang TVET bagi memastikan belia Malaysia kekal berdaya saing, berdaya maju dan menjadi pilihan utama majikan.

"KBS akan memastikan pelaksanaan Pelan Pemerkasaan Bidang TVET Berasaskan Industri dan Pendigitalan bawah Pelan Strategik KBS 2021-2025 dapat terlaksana sekali gus mampu mendepani cabaran baharu TVET selari perubahan teknologi IR 4.0,” katanya.

(Datuk Seri Ahmad Faizal berucap pada majlis Anugerah Institusi Latihan Kemahiran Belia
dan Sukan (ILKBS) 2022)

Media Baharu