fb fb fb fb fb

YADIM turun padang santuni mangsa banjir Kelantan

FOTO RTM

PASIR MAS, 4 Disember - Penduduk terjejas banjir yang berada di PPS SMK Baroh Pial, Pasir Mas, Kelantan mampu tersenyum apabila ada pihak hadir bagi menyalurkan bantuan kepada mereka.
 
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan antara yang terawal turun padang bagi menyantuni penduduk terjejas dan menghulurkan bantuan berupa kit makanan dan lampin bayi.

"YADIM telah mengeluarkan satu sejumlah wang untuk menyantuni mangsa-mangsa banjir.

"Tetapi kadar itu sebenarnya tidak terbatas dan kita melihat kepada keperluan. Bagi permulaan, kita beri RM10,000dan insya-Allah tambahan peruntukan ini boleh dipohon dari semasa ke semasa", katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan YADIM kepada penduduk terjejas di PPS SMK Baroh Pial, di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya, pihaknya mempunyai 1,000 sukarelawan di seluruh negeri itu yang bersedia untuk membantu penduduk terjejas menerusi dua fasa iaitu semasa banjir dan juga pasca banjir.

Mahadi juga berkata Yadim Kelantan turut merancang untuk memperluaskan program dekati penduduk terjejas banjir ini ke daerah-daerah lain yang turut terjejas.

Tambah Mahadi, pihaknya turut membelanjakan sekitar RM40,000 kepada penduduk terjejas banjir pada tahun lalu

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD