fb fb fb fb fb

YADIM peruntuk RM734,000 Program Souq@Keluarga

KUANTAN, 29 Oktober- Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) telah memperuntukkan RM734,000 menerusi Program Souq@Keluarga Malaysia bagi menyantuni pelbagai lapisan masyarakat di seluruh negara.

Sejak penganjuran pertamanya pada April lalu, yang turut diadakan bersempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM), ia juga memberi manfaat kepada golongan B40 menerusi program jualan murah.


(Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali)

Menurut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, program jualan tersebut turut menawarkan potongan harga sehingga 50% bagi barangan keperluan makanan utama seperti ayam, minyak, beras dan gula kepada golongan sasar.

"Hari ini diberikan diskaun 50% saya tengok sambutan amat luar biasa sebelum pukul 12 dah habis jualan tu, jadi saya anggap apa yang berlaku di kuantan pada hari ini merupakan satu aktiviti yang amat kita alu-alukan dan amat hargai, ucap tahniah kepada yadim kerana berjaya menganjurkan program seumpama ini dimana golongan yang faedahnya lebih 500 orang penoreh getah, nelayan," katanya selepas merasmikan Program Souq@Keluarga Malaysia di Masjid Beserah Kuantan, Pahang.

Pada majlis itu, seramai 500 penerima terdiri daripada golongan B40, Orang Kelainan Upaya, petani, penoreh getah, dan mualaf menerima bantuan pek beras, ayam dan barangan dapur yang disediakan oleh Yadim.


(Ketua Pegawai Eksekutif Yadim, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh)

Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yadim, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, program jualan murah itu bagi memperkenalkan kepada masyarakat kewujudan Yadim Mart yang turut memfokuskan kebajikan dalam perniagaan.

"Jualan melalui anak syarikat yadim, kita panggil YADIM MART memang kita ada supermarket sendiri jadi sebab itu kita dapat cari strategi untuk menurunkan harga yang dapat membantu masyarakat setempat jadi itu yang kita lakukan disamping sebagai satu strategi untuk memperkenalkan YADIM MART kepada masyarakat jadi dalam bisnes ada kebajikan dalam kebajikan ada dakwah ia adalah sinergi," katanya.

Bagi pengunjung, mereka menyambut baik terhadap Program jualan Souq@Keluarga Malaysia yang menawarkan penjimatan dalam berbelanja barangan keperluan harian mereka.

Masjid Jamek Beserah merupakan lokasi keempat penganjuran Jualan Rakyat YADIM yang mana sebanyak 1,000 jenis barangan keperluan ditawarkan kepada penduduk dengan potongan harga sehingga 50%.

Media Baharu