fb fb fb fb fb

Daftar pemilih Sarawak, rekod 1.94 juta pengundi

KUALA LUMPUR, 29 Oktober- Jumlah terkini pemilih berdaftar di Sarawak yang direkodkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ialah seramai 1.94 juta orang, meningkat 59.14 peratus berbanding 1.22 juta orang direkodkan pada PRU14.

Daripada jumlah itu 825,791 merupakan pengundi berumur 21 hingga 39 tahun yang menjadi kategori paling ramai.

Jumlah pengundi berumur 18 hingga 20 tahun pula 129,034 orang.


(Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Dato Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Dato Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Daftar Pemilih Sarawak terkini merekodkan seramai 975,618 bersamaan 50.21% pengundi lelaki dan 967,456 atau (49.79%) pengundi wanita.

Jumlah pengundi awal pula mencatat sedikit pengurangan iaitu 22,127 orang berbanding 24,545 mengikut rekod daftar pemilih PRU-14.

Daftar keseluruhan juga menunjukkan majoriti pemilih terdiri dalam kalangan individu berusia di bawah 60 tahun iaitu seramai 1,539,645.

Seramai 38,148 petugas dijadual bertugas untuk PRU-15 melibatkan seribu 943 pusat mengundi termasuk 55 pusat mengundi awal dengan 4,286 saluran.

Media Baharu