fb fb fb fb fb

JAKM Pahang mendapat sambutan menggalakkan

PAHANG, 29 Oktober- Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Negeri Pahang mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran pengunjung yang memenuhi kedua-dua lokasi.

Antara menjadi tumpuan, program Jualan Murah Keluarga Malaysia di perkarangan Stadium Darul Makmur, Kuantan.


(Ketua Seksyen Perdagangan Dalam Negeri, KPDNHEP Negeri Pahang, Fatin Najuwa Ahmad Hasbullah)

Menurut Ketua Seksyen Perdagangan Dalam Negeri, KPDNHEP Negeri Pahang, Fatin Najuwa Ahmad Hasbullah, program yang dilaksanakan di kesemua 42 Dun di Pahang termasuk penjualan di JAKM Negeri itu terus mendapat sambutan.

"Jualan murah keluarga Malaysia sempena jelajah aspirasi keluarga Malaysia ini dilaksanakan dari 28 Oktober sampai 30 Oktober ahad kita membuat jualan murah sehingga lebih 20 % untuk keperluan asas harian, macam ayam, telur, minyak masak, tepung, gula, beras untuk sasarkan untuk golongan berpendapatan rendah untuk menangani kos sara hidup yang agak tinggi sekarang ini,"katanya.

Tambah beliau, menerusi inisiatif tersebut, orang ramai dapat menikmati harga barangan keperluan harian sehingga 20% lebih murah daripada harga pasaran biasa.

Malah, dengan kadar yang ditetapkan itu dapat meringankan beban kos sara hidup masyarakat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui RTM di Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Negeri Pahang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, Kuantan.

Di perkarangan Stadium Darul Makmur turut diadakan pameran aset ketenteraan dan senjata ringan selain demontrasi keselamatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Media Baharu