fb fb fb fb fb

Wujud kekeliruan mengenai perkhidmatan farmasi HKL menyebabkan isu tular

KUALA LUMPUR, 12 Januari - Wujud kekeliruan antara pengadu dan pegawai bertugas berhubung isu tular perkhidmatan farmasi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Pengarah HKL dalam kenyataan menjelaskan, perkhidmatan MyUbat dalam kes pengadu tidak dapat dilaksanakan bagi ubat tertentu berikutan kekangan stok bekalan.

“Bagi melaksanakan aplikasi MyUbat dan penghantaran melalui pos memerlukan pembungkusan dua minggu lebih awal dari tarikh pesakit menerima ubat tersebut,” jelas kenyataan itu.

Penjelasan itu merujuk aduan tular di media sosial bertajuk “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak biadap menjawablah kau kat KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia)” pada 10 Januari lalu.

Mengenai isu komunikasi pegawai, pihak HKL telah mengenal pasti pegawai berkenaan dan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan insiden tersebut tidak berulang.

Pihak HKL juga akan mengambil tindakan untuk menambah baik perkhidmatan di semua kaunter perkhidmatan yang disediakan.

Media Baharu