fb fb fb fb fb

Operasi padam kebakaran di Bukit Keda, Kemangi diteruskan

BALING, 12 Januari - Kerja-kerja memadam kebakaran di Bukit Keda, Kemangi yang terbakar sejak dua hari lalu masih giat dijalankan.

Operasi melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Baling dan Kulim, Kedah.

Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Kulim, Penguasa Kanan Bomba II Rahimi Ali berkata berdasarkan pemantauan hari ini masih terdapat tompokan api kecil dan asap.

Pihaknya menggunakan kenderaan pacuan empat roda bagi membolehkan anggota termasuk 11 dari Pasukan Multi Skill Team (MUST) memasuki kawasan yang terbakar.

"Terdapat kawasan yang sukar dimasuki berikutan kebakaran berlaku di cerun bukit," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kemungkinan helikopter akan digunakan untuk membantu kerja-kerja pemadaman esok.

"Cuaca panas dan kering ketika ini berisiko berlakunya kebakaran," jelasnya.

JBPM Kulim menerima panggilan kecemasan melibatkan kebakaran bukit tersebut pada pukul 9.12 malam, Isnin lalu.

Media Baharu