fb fb fb fb fb

PBT Johor bantu kerja pembersihan pascabanjir


MUAR, 12 Januari- Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor akan digerakkan dalam misi bantuan banjir di negeri itu bagi membantu kerja pembersihan pascabanjir.

Ia turut melibatkan 600 sukarelawan yang akan ditugaskan mengangkut sampah pukal ke tapak pelupusan sampah di Moakil, Muar.

Timbalan Setiausaha Kerajaan negeri (Sukan Belia dan Sukarelawan), On Jabbar berkata, misi bantuan ini akan mempercepatkan kerja-kerja pembersihan sebelum penduduk terjejas pulang ke kediaman masing-masing.

"Kami tidak menetapkan waktu sebenar kerja pembersihan ini berlangsung, tetapi mengikut arahan daripada Pusat Kawalan,

"Bagaimanapun, kami menjangkakan kerja pembersihan di sini akan berlangsung selama seminggu," jelasnya selepas meninjau kerja-kerja pembersihan kediaman di Kampung Jawa, Lenga, Muar.

Media Baharu