fb fb fb fb fb

Wisma Putra sahkan kematian dan kehilangan pendaki Gunung Everest

KUALA LUMPUR, 21 Mei- Wisma Putra mengesahkan kejadian yang menimpa Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Kedah Leftenan Kolonel Awang Askandar Ampuan Yaacob.

Beliau meninggal dunia pada Jumaat, 19 Mei lalu semasa dalam Misi Malaysia Everest 2023.

Dalam satu kenyataan melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu, "jenazah sedang dalam proses dibawa turun dari Gunung Everest ke hospital di Kathmandu bagi tujuan bedah siasat dan pengurusan."

Dalam kenyataan sama, "Wisma Putra turut mengesahkan kehilangan salah seorang peserta ekspedisi yang juga merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Muhammad Hawari Hashim."

Beliau dipercayai telah berjaya sampai di puncak gunung itu dan telah bergerak turun, namun masih belum dapat dikesan sehingga kini.

Wakil Kedutaan sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan yang sedang giat menjalankan usaha mencari mangsa di sekitar kawasan tersebut.

Sebarang perkembangan terkini misi pencarian akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

(Foto hiasan)

Media Baharu