KUALA LUMPUR, 21 Mei- Kejadian pokok tumbang berlaku di dua lokasi masing-masing di Dutamas Publika dan Taman Tun Dr Ismail akibat hujan lebat pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 8.00 pagi tadi.
"Panggilan pertama pada pukul 8.05 pagi, membabitkan pokok tumbang di Blok D, Dipo Solaries, Dutamas Publika.
"Pokok itu tumbang di atas laluan pintu masuk ke dalam pusat beli-belah berkenaan.
"Manakala panggilan kedua diterima pada pukul 8.07 pagi, membabitkan pokok tumbang di Jalan Athinahapan 1, Taman Tun Dr Ismail yang menghalang lalu lintas.
"Tiada mangsa terbabit dalam kejadian berkenaan," katanya menerusi kenyataan.
(Pokok itu tumbang di atas laluan pintu masuk ke dalam
pusat beli-belah berkenaan)