fb fb fb fb fb

Pesara kerajaan terima pelarasan pencen fasa 2 pada Januari 2026 - KPPA

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz/BERNAMA

MELAKA, 6 November- Lebih 950,000 pesara perkhidmatan awam akan terima pelarasan pencen Fasa 2 pada Januari tahun hadapan.
 
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata pelarasan dibawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) itu membuktikan komitmen kerajaan memastikan kebajikan pesara terus terjamin.

"Para pesara akan menerima pelarasan pencen fasa kedua pada Januari tahun hadapan. Pelarasan fasa pertama telah dilaksanakan sebelum ini.

Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan mereka, walaupun setelah bersara daripada perkhidmatan kerajaan," kata Tan Sri Wan Ahmad Dahlan kepada pemberita, hari ini.
 
Beliau ditemui pemberita ketika mengadakan lawatan ke rumah pesara penjawat awam di Kg Pulau Kelapa.
 
Kerajaan sebelum ini mengumumkan pelarasan pencen 7 peratus bagi pesara Kumpulan Pelaksana serta Pengurusan & Profesional, manakala 3 peratus untuk pesara Kumpulan Pengurusan Tertinggi. 
 
Pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bersara sebelum Januari 2013 pula akan menerima pelarasan kedua 7 peratus pada awal 2026, selepas 8 peratus pelarasan pada Disember 2024.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM