fb fb fb fb fb

Kerjasama JPPKK-MAH beri pengalaman kerja kepada pelajar

LANGKAWI, 21 Mei- Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Kementerian Pendidikan Tinggi julung kali menjalin kerjasama dengan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan politeknik dan kolej komuniti.

Program yang dikenali sebagai POLYCC x MAH at LIMA23 dijadikan sebagai perintis mendedahkan 158 orang pelajar dalam program selama 10 hari.

Menurut Pengarah Kanan Kompetensi JPPKK, Zainab Othman, ia suatu kaedah pembelajaran berasaskan pengalaman dalam bidang kulinari dan hospitaliti.

Antara yang mengambil bahagian ialah Politeknik Tuanku Syed Sirajudin, Kolej Komuniti Langkawi, Kolej Komuniti Sungai Petani, Kolej Komuniti Chenderoh, Kolej Komuniti Selayang serta Kolej Komuniti Jeli.

Sebanyak tujuh buah hotel ternama di pulau pelancongan itu mengambil bahagian.

(Zainab Othman)

Media Baharu