JOHOR BAHRU, 21 Mei- Nurul Shahira A’shiqin Sulaiman, (28) mengaku bersalah di hadapan Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim Mahkamah Sesyen Johor Bahru.
Di atas dua pertuduhan kes mengasari dua bayi berusia 11 dan 9 bulan di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Mutiara Rini, Isnin lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Syafiqah Sha’ari mencadangkan jaminan RM15,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin serta syarat tambahan pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah.
Pebicaraan akan di sambung pada 2 Ogos 2023.
(Nurul Shahira A’shiqin Sulaiman di Mahkamah Sesyen Johor Bahru)