fb fb fb fb fb

KPM segera salur peruntukan kecemasan baiki sekolah akibat ribut

KUALA LUMPUR, 21 Mei- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan segera menyalurkan peruntukan kecemasan bagi membaiki 36 sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor yang rosak akibat ribut pada Jumaat lepas.

Kerosakan tersebut melibatkan 27 buah sekolah di Kuala Lumpur dan sembilan lagi di Selangor.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, "peruntukan berkenaan bakal disalur kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, (JPWPKL) dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, (JPNS)."

Penilaian lanjut kerosakan yang berlaku di sekolah berkenaan, akan dibuat JPWPKL dan JPNS dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR).

JPWPKL, JPNS dan PPD juga akan melaksanakan pembaikan serta pembersihan segera bagi membolehkan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) diteruskan tanpa sebarang gangguan.

KPM sentiasa mengambil berat terhadap keselamatan dan kebajikan semua pelajar.

(Kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia)

Media Baharu