BATU GAJAH, 21 Mei - Kira-kira 30 penternak lembu dan kerbau di beberapa kawasan di Perak kecewa selepas ternakan mereka hilang dipercayai dicuri pihak tidak bertanggungjawab.
Kerugian dilaporkan berjumlah lebih RM1 juta membabitkan kehilangan lebih 260 ekor lembu dan kerbau dalam tempoh tiga tahun lalu.
"Kebanyakkan mereka ini tak tidur malam jaga lembu, jadi kita harap mereka ini meningkatkan kawalan, kita tidak boleh buat apa untuk sementara waktu ini sebab lembu-lembui itu berkeliaran bukan dalam kandang, jadi mereka terpaksa ambil risiko untuk menjaga," kata wakil penduduk, Mohd Rawi Abdullah.
(Mohd Rawi Abdullah)
"Biasanya yang hilang ini diaorang (mereka) akan bagi ubat pelali, diaorang akan tembak, lepas itu tambat, apabila kami balik daripada rondaan, masa tu diorang akan ikat naik atas lori, tapi di tempat saya ini memang kerap la berlaku kehilangan binatang, lembu, kerbau," kata penternak, Nazri Zakaria.
"Kita bela lembu masa yang panjang, 20 tahun lebih, masa bapa kita bela lembu ini, tapi masa terdekat ini banyak curi, dalam masa tiga tahun ini, banyak hilang, 20 ekor, 30 ekor, banyak hilang kawasan Perak, diorang macam mana ambil, jual, potong, siapa beli, kita belum tahu," kata penternak R.Kaviyarasan
Sehubungan itu, penternak mahu tindakan lebih tegas diambil terhadap mereka yang terlibat dalam kes kecurian tersebut, termasuk mengenakan hukuman yang lebih berat atas kesalahan itu.