fb fb fb fb fb

WICITRA2021 inisiatif Kraftangan Malaysia beri pengiktirafan kepada penggiat seni kraf negara

KUALA LUMPUR, 8 Mac - Anugerah Reka Bentuk Kraf 2021 (WICITRA2021) adalah inisiatif Kraftangan Malaysia untuk membuka peluang dan memberi pengiktirafan kepada penggiat seni kraf.

Menurut Pengarah Kanan Institut Kraf Negara, Abdul Halim Ali, ia juga untuk memastikan kelestarian industri kraf dapat terus berkembang maju dari masa ke masa.

"Kraftangan juga menganjurkan WICITRA Kraftangan Malaysia yang julung kali diadakan, ianya pula adalah memberi peluang kepada usahawan-usahawan pereka untuk lebih kreatif dalam menghasilkan produk kraftangan yang beridentitikan Malaysia itu sendiri, kata Pengarah Kanan Institut Kraf Negara, Abdul Halim Ali.


(Antara hasil kraf  yang dipertandingan pada Anugerah Reka Bentuk Kraf 2021)

Sebanyak 110 penyertaan telah diterima merangkumi lima kategori produk yang terdiri daripada Pakaian, Aksesori Fesyen, Kelengkapan Rumah dan Taman, Hadiah dan Cenderamata, Hobi dan Gaya Hidup.

Seramai tiga orang peserta dari setiap kategori telah dipilih sebagai penerima Anugerah WICITRA 2021 dan setiap pemenang menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1000 bersama pingat, sijil dan plak.

Manakala, Anugerah Khas Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 serta trofi dan sijil.

"Satu hasil usaha yang kita bangunkan di cawangan Perak bagi mewujudkan bahan alternatif, maksudnya bahan pilihan bagi tekstil terutamanya batik menggunakan bahan gantian iaitu tanah liat tempatan," kata Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Perak, Mohamad Rizan Mohamad Nordin.

"Kita kerana cari inspirasi untuk buat reka bentuk baru biarpun mungkin kita setanding dengan antarabangsa tapi kita masih kekalkan kita punya tradisi, warisan dari kita punya nenek moyang. Jadi, corak dan reka bentuk yang saya menang ini semua macam kasi moden tapi kita masih lagi kekalkan kita punya identiti, dengan mengekalkan motif tradisional," kata Usahawan Kraf Sabah Emily Jeneble.

Media Baharu