fb fb fb fb fb

Dua maut, lori rempuh motosikal di bawah jejambat

SUNGAI PETANI, 8 Mac - Dua maut, manakala 7 lagi penunggang motosikal yang berteduh di bawah jejambat mengalami kecederaan selepas dirempuh sebuah lori.

Kejadian berlaku ketika hujan lebat kira-kira pukul 3.58 petang tadi di kilometer 92.8 Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Bedong, Kedah.

Kesemua mangsa kemalangan berusia 23 hingga 38 tahun.

Ketua Polis daerah Kuala Muda, ACP Adzli Abu Shah berkata mangsa yang meninggal dunia berusia 28 tahun dari Kg Seberang Chegar, Anak Bukit, Alor Setar, dan seorang lagi mangsa berusia 31 tahun dari Taman Seri Marina, Kuala Kedah.

Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di kepala.

(Kejadian berlaku ketika hujan lebat, di kilometer 92.8 Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Bedong, Kedah / FOTO ORANG AWAM)

"Siasatan awal mendapati kesemua mangsa sedang berteduh dari hujan lebat di bawah jejambat.

"Kedudukan kesemua motosikal yang terlibat di pakir secara dua lapis di lorong kecemasan dan kesemua penunggang berada di sisi motosikal masing-masing.

"Tiba-tiba sebuah lori yang bergerak dilorong kiri datang dari arah belakang merempuh kesemua motosikal yang sedang berhenti bertuduh di lorong kecemasan tersebut", katanya dalam satu kenyataan di sini.

Pemandu lori dan kelindan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pemandu lori berusia 28 tahun dari Kg Kemasin, Perupok, Bachok, Kelantan ditahan reman dibawah Sekysen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk ujian saringan COVID-19 dan dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Media Baharu