fb fb fb fb fb

Weed Solut-ioN, produk kawalan rumpai mesra keluaran FGVAS

KUALA LUMPUR, 12 Mac- FGV Agri Services Sdn Bhd (FGVAS) memperkenal produk kawalan rumpai mesra alam, Weed Solut-ioN.

Anak syarikat FGV Holdings Berhad itu melancarkan produk tersebut dengan 70 peratus bahan bukan toksik sekali gus menjimatkan kos untuk sektor pertanian.

Ini berikutan Weed Solut-ioN merupakan bahan adjuvan yang boleh mengurangkan kadar penggunaan racun rumpai secara berkesan.

"Weed Solut-ioN merupakan salah satu inisiatif FGV dalam menangani kenaikan harga racun rumpai sekali gus strategi penjimatan kos merumput yang lebih cekap di ladang kelapa sawit," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Nazrul Izam Mansor menerusi kenyataan dikeluarkan.


(FOTO BERNAMA)

Kumpulan tersebut komited untuk terus membangunkan inovasi dan teknologi yang mampan untuk digunakan dalam operasi perniagaannya.

Media Baharu