fb fb fb fb fb

Jangan buat pembelian panik kit ujian kendiri

(FOTO FAIL)

SHAH ALAM, 12 Mac - Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat pembelian panik kit ujian COVID-19 kerana bekalan peralatan itu di pasaran adalah mencukupi.

Tindakan itu menurut Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Koh Kar Chai boleh mengakibatkan bekalan menyusut.

(Antara kit ujian kendiri yang dijual di pasaran/FOTO FAIL)

Beliau menjelaskan, keperluan bagi melakukan ujian kendiri adalah hanya selepas menghadiri majlis besar, melawat warga emas atau individu yang lemah imun atau yang menunjukkan simptom.


Malah katanya, profesional penjagaan kesihatan sendiri tidak menjalankan ujian kendiri secara harian, melainkan sekiranya ia jelas diperlukan untuk berbuat demikian dalam situasi berisiko tinggi tertentu.

“Lakukan ujian bila perlu atau berada dalam keadaan berisiko, tidak perlu buat ujian kendiri setiap hari,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Walaupun ketepatan kit ujian kendiri mungkin tidak setanding dengan ujian Kit Ujian Pantas Antigen (RTK Ag) dan Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT PCR) profesional, kit ujian kendiri berguna dalam mengesan kehadiran virus pada kes-kes bergejala.

Media Baharu