fb fb fb fb fb

WBF satu sistem yang baik - Aminuddin

Aminuddin Harun

SEREMBAN, 11 Mac- Kerajaan Negeri Sembilan tidak bercadang untuk memendekkan waktu bekerja penjawat awam di negeri itu pada Ramadan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Aminuddin Harun berkata, kerajaan negeri itu baru sahaja melaksana Jadual Waktu Bekerja Fleksibel (WBF) yang dilihat sebagai suatu sistem yang baik diaplikasi ketika ini.

"Tiada cadangan, kita dah rasa bahawa apa yang ada hari ini baik dan tadi saya telah berbincang dengan SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri) mungkin waktu solat untuk wanita itu boleh teruskan bekerja mereka dan sambung sikit sahaja lagi supaya mereka boleh awal pada hari Jumaat. Kalau tak, mereka keluar datang balik, tapi kalau mereka teruskan pukul 12.15 sampai pukul 2.45 mereka boleh teruskan sikit, mereka boleh balik pada waktu tersebut," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Pelancaran Sistem Buku Jabatan Mufti Negeri Sembilan di sini.

Buat pertama kali, kira-kira 80 buah buku terbitan Jabatan Mufti Negeri Sembilan dijual menerusi dalam talian.

Ia boleh diperoleh menerusi Sistem Pusaka Hikmah Online.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM