fb fb fb fb fb

Gangguan sistem M-BIKE pulih sepenuhnya

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 11 Mac- Gangguan sistem M-BIKE di zon pemeriksaan motosikal Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Johor telah pulih sepenuhnya.

Jelas Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh, tindakan pemantauan 24 jam akan dilaksanakan bagi memastikan gangguan sistem itu tidak berulang, selain kelancaran ketika waktu puncak.

Pihaknya juga komited untuk sentiasa menambah baik proses kerja dan sistem sedia ada bagi kelancaran pergerakan di pintu masuk utama Malaysia-Singapura.

Minggu lalu, beliau berkata berlaku kesesakan luar biasa di Zon Motosikal Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) BSI da KSAB disebabkan gangguan sistem M-Bike di kedua-dua laluan zon pemeriksaan motosikal masuk dan keluar.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM