KUALA LUMPUR, 11 Mac- Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzli mengajak umat islam untuk bersama-sama menyemarakkan masjid dan surau di kawasan masing-masing bersempena Ramadan ini.
Menurut Fahmi, ia juga dapat merapatkan ukhuwah dan silaturahim dalam kalangan umat Islam.
"Sempena Ramadan yang telah tiba dan penuh berkat ini, umat Islam hendaklah sama-sama meningkatkan amalan ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah.
"Semoga setiap perkara yang kita lakukan dipenuhi dengan keberkatan dan kebaikan," kata Fahmi menerusi Facebook.