KUALA LUMPUR, 19 April- PETRONAS mengingatkan orang ramai agar kekal waspada terhadap penipuan pelaburan menggunakan nama dan imej syarikat itu serta Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik.
Penyebaran pelaburan palsu itu melibatkan imej dan suara yang dimanipulasi menggunakan perisian kecerdasan buatan (AI).
Kenyataan syarikat minyak dan gas nasional itu menyebut, penyalahgunaan turut dilakukan menerusi akaun palsu pada aplikasi pemesejan dengan kandungan tidak benar.
Laporan polis telah dibuat selain siasatan lanjut oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia; SKMM.
Maklumat sahih mengenai isu berkaitan, layari saluran komunikasi rasmi PETRONAS.