fb fb fb fb fb

Fahmi serah bantuan kepada wartawan veteran Perak

(Fahmi Fadzil ketika menziarahi Ng Kan Seng di Kampar, Perak)

KAMPAR, 16 Julai- Seorang bekas wartawan veteran Perak, Ng Kan Seng, 68, yang kini uzur menerima bantuan wang tunai dan barangan dapur menerusi Tabung Kasih@Hawana.

Beliau yang pernah berkhidmat di beberapa akhbar Cina seperti China Press dan Nanyang Siang Pau menerima bantuan itu di kediamannya di Mambang Di Awan, di sini.

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil berkata, sumbangan itu antara inisiatif yang bertujuan menyantuni pengamal media, bekas petugas media dan wartawan veteran yang memerlukan.

"Kita pun tahu peredaran zaman mungkin sedikit sukar untuk dia terus berkecimpung bidang kewartawanan. Bantuan yang kami sampaikan hari ini ada berbentuk barang-barang dan juga wang tunai yang kita harap dapat mengurangkan sikit beban yang dipikul," katanya ketika hadir menyampaikan sumbangan berkenaan di sini.

Terdahulu, sumbangan turut disampaikan kepada wartawan sambilan Razif Rosli yang menghidap penyakit buah pinggang dan gout.

(Fahmi Fadzil (dua kiri) ketika menziarahi Ng Kan Seng (dua kanan) pada program
Tabung Kasih@HAWANA 2023 di Kampar, Perak)

Media Baharu