KUALA LUMPUR, 28 Disember- Wartawan hiburan, Siti Nor Haffiza Kamarudin atau lebih dikenali sebagai Fiza Kamarudin yang sebelum ini kritikal di sebuah hospital di London dilapor meninggal dunia, malam ini.
Berita pemergian Fiza Kamarudin, 40, turut dikongsi oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menerusi Facebooknya, sebentar tadi.
"Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Baru petang tadi saya maklumkan tentang saudari Fiza Kamaruddin, wartawan, yang kritikal di hospital London.
"Malam ini saya menerima khabar duka. Beliau telah meninggal dunia.
Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah dan berharap mereka tabah dengan ujian berat itu.
"Saya ucapkan takziah buat keluarga Allahyarhamah Fiza Kamaruddin. Semoga keluarga Allahyarhamah tabah dengan ujian yang berat ini. Al-Fatihah," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN
Sumbangan buat Fiza Kamarudin akan disalur segera - Fahmi
Wartawan hiburan kritikal di London, tabung kecemasan ditubuhkan