fb fb fb fb fb

Orang ramai diingatkan waspada kehadiran obor-obor kotak di Langkawi

FOTO JABATAN PERIKANAN KEDAH

LANGKAWI, 19 November - Orang ramai yang menjalankan aktiviti riadah pantai di perairan Pulau Langkawi, Kedah dinasihatkan agar lebih berhati-hati dan memakai pakaian bertutup keseluruhan.

Ia berikutan kehadiran obor-obor kotak atau “Box Jellyfish” di perairan pulau berkenaan.

Pengarah Perikanan Negeri Kedah, Sukri Deris berkata, pihaknya menerima laporan kehadiran obor-obor kotak di sekitar kawasan perairan Langkawi sejak beberapa hari lalu.

"Pemakaian pakaian bertutup keseluruhan atau bersesuaian bertujuan untuk mengelakkan daripada terkena sengatan obor-obor kotak. Obor-obor kotak antara spesies obor-obor paling berbahaya di dunia.

"Sengatan sangat kuat dan mengandungi toksin neurotoksik serta kardiotoksik. Ia boleh menyebabkan kesakitan melampau, kegagalan jantung dan kematian dalam beberapa minit," katanya menerusi kenyataan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM