KUALA LUMPUR, 28 Disember- Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memohon kerjasama pihak BERNAMA untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada wartawan hiburan, Siti Nor Haffiza Kamarudin atau lebih dikenali sebagai Fiza Kamarudin yang kini kritikal di sebuah hospital di London.
Beliau berkata, sumbangan tersebut akan disalurkan segera kepada pihak keluarga wartawan itu menerusi Tabung Kasih@Hawana.
"Saya mengikuti rapat perkembangan saudari Fiza yang kini kritikal di sebuah hospital di London.
"Di pihak Kementerian Komunikasi, kami turut mendoakan beliau sembuh dan dipermudahkan segala urusan. Amin," kata Fahmi menerusi Facebooknya hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN
Wartawan hiburan kritikal di London, tabung kecemasan ditubuhkan