fb fb fb fb fb

Banjir: Jumlah penduduk terjejas semakin berkurangan malam ini

FOTO FB Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor

KUALA LUMPUR, 28 Disember- Seramai 23,378 orang daripada 7,513 keluarga masih berlindung 103 buah pusat pemindahan sementara (PPS) di empat negeri yang terjejas banjir, setakat pukul 10.00 malam tadi.

Menerusi Portal InfoBencanaJKM, angka itu merekodkan penurunan berbanding pukul 3.00 petang tadi yang mencatatkan 25,185 orang daripada 7,954 keluarga di 111 PPS.

Sabah juga tidak merekodkan penduduk terjejas bagi malam ini, berbanding petang tadi.

Setakat pukul 10.00 malam tadi, ia mencatatkan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor masih dilanda banjir.

Sejumlah 52 PPS beroperasi di Kelantan yang menempatkan 19,716 orang daripada 6,496 keluarga.

Jajahan Pasir Mas merekodkan penduduk terjejas paling ramai iaitu seramai 15,583 penduduk di 30 PPS; diikuti Tumpat, 3,231 penduduk, 10 PPS; Kuala Krai, 734 penduduk, 10 PPS dan Tanah Merah, 165 penduduk, dua PPS.

Sementara di Terengganu, seramai 3,392 orang daripada 941 di 38 PPS.

Di daerah Dungun merekodkan 2,428 penduduk di 25 PPS; Hulu Terengganu, 630 penduduk, tiga PPS; Kuala Terengganu, 235 penduduk, dua PPS; Marang, 91 penduduk, satu PPS dan Kemaman, 51 penduduk, dua PPS.

Pahang pula mencatatkan 207 orang daripada 60 keluarga yang berlindung di 10 PPS dengan 69 orang daripadanya di sebuah PPS di Kuantan diikuti Jerantut, 42 orang, dua PPS; Temerloh, 37 orang, dua PPS; Bera, 29 orang, dua PPS; Maran, 17 orang, dua PPS; dan Rompin, 13 orang, satu PPS.

Bagi Johor pula tiga PPS masih beroperasi di daerah Segamat yang menempatkan 63 penduduk daripada 16 keluarga.

SITI AISHAH BINTI MD ISA