fb fb fb fb fb

13 stesen JPS tunjuk paras air bahaya malam ini

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 28 Disember- Sebanyak 13 stesen dikendalikan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan paras air di tahap bahaya membabitkan negeri Pahang, Terengganu, Sarawak dan Kelantan, setakat pukul 10.00 malam tadi.

Menerusi laman sesawang InfoBanjir JPS, 13 stesen itu membabitkan tujuh di negeri Pahang.

Ia melibatkan Sungai Pahang di Waterfront, Bera yang merekodkan paras air 28.35 meter (m), Sungai Keratong di Jalan Kota Bahagia, Rompin (12.2m), Sungai Rompin di Jambatan Kuantan/Segamat, Rompin (10.6m), Sungai Pahang di Kuala Krau, Temerloh (40.18m), Sungai Pahang di Paloh Inai, Pekan (11.14m), Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan (17.48m) dan Sungai Lembing, Kuantan (36.42m).

Sementara di Terengganu, Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman, Kemaman mencatatkan paras air 4.02m, Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu (21.33m), Sungai Terengganu di Drawbridge, Kuala Terengganu (2.14m) dan Sungai Dungun di Jambatan Jerangau, Dungun (12.85m).

Di Sarawak pula hanya satu stesen merekodkan paras air di tahap bahaya iaitu stesen Sungai Salim B di Sibu dengan bacaan 3.24 m.

Begitu juga di Kelantan, membabitkan stesen Sungai Golok di Rantau Panjang (F1) di Pasir Mas yang merekodkan bacaan 10.18m.

SITI AISHAH BINTI MD ISA