fb fb fb fb fb

Warga Telok Mas terima telur percuma, persediaan sambutan Aidiladha

TELOK MAS, 9 Julai- Seribu papan telur percuma diagihkan kepada orang ramai di kawasan Telok Mas sebagai persediaan menyambut perayaan Aidiladha, esok.

Inisiatif yang dilaksana Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dun (Japerun) Telok Mas itu mendapat reaksi positif penduduk setempat.

Bagi Norliah Abd Aziz, beliau mengharapkan usaha ituakan diteruskan pada masa akan datang.

"Syukur Alhamdulillah, terima kasih kepada yang memberikan bantuan ini. Sedikit sebanyak boleh mengurangkan kos perbelanjaan kami menjelang Aidiladha," katanya.

Sementara itu Selamat Sandyo, turut menzahirkan rasa terima kasih atas bantuan yang diberikan oleh Japerun Telok Mas.

"Perasaan saya sangat gembiralah dapat bantuan telur ini, kerana sekarang ini harga telur juga meningkat. Saya ingin ucapkan terima kasih."

(ADUN Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, menyampaikan
sumbangan kepada penduduk)

Menurut ADUN Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman inisiatif bertujuan membantu meringankan beban rakyat.

Katanya, kesemua telur itu selesai diagihkan kepada masyarakat dalam tempoh hanya 45 minit bermula jam 9.15 pagi.

Beliau berkata demikian selepas program seribu telur percuma di Telok Mas, Melaka.

Media Baharu